Blog Nilamsari Blog Nilamsari
Search
Kak Nik Buat Yoghurt Sendiri Kat Rumah?

Salam Semua!

Kali ni nak tukar topik rasanya… just to break the norm from beauty/health stuff to something different. Let’s talk about kitchen i.e. cooking. Well, not really cooking just a little yoghurt making. Maaf ade yg eja ‘yogurt’ bukan yoghurt, American kot!

Sebelum tu selingan sikit – semua dah habis puasa enam kan? bagus bagus AlhamdulilLah!

K.Nik percaya ramai penggemar yoghurt kat luar tu kan? Tapi selalunya kita beli jerkan? Apa kata kita buat sendiri kali ni?

Sebenarnya bahan yang paling utama adalah susu dan yoghurt starter, itu saje.

Susu

Boleh guna susu lembu, kambing, segar, tepung (bukan yg segera), susu kotak. K.Nik cuba susu berperisa (coklat, strawberi dsb) tp tak menjadi. Jadi elok guna plain jer lah.

Kalau pakai susu tepung kena ada air jugalah..

Yoghurt starter

Sebenarnya boleh guna yoghurt yg dibeli sebagai starter tp kadang2 ada yg tak sesuai. Klu mau boleh beli starter yg dlm paket kt kedai brg2 kek.

yogurt-starter

Yoghurt maker

Sebenarnya ia tak perlulah sangat cuma untuk kesenangan saja. Kalau mau cuba cara lain tanpa perlu ada yoghurt maker boleh lihat di sini. K.Nik pun akan cuba cara2 tu lain kali.

Bekas yg sebelah kanan tu nanti akan masuk dlm mesin sebelah kiri tu sbb klu guna bekas lain mungkin tak padan. Ada ngan sudunya sekali.

 yogurt-makeryogurt-container 

Cara buat yoghurt

  1. Isi 500ml air sejuk dlm bekas yoghurt kemudian asingkan 1/4 dan panaskan. Campurkan semula dgn baki air tadi supaya air jadi suam.
  2. Tambahkan susu tepung 8 sudu besar dan kacau.
  3. Keluarkan setengah cawan dan campurkan starter dan kacau. Campur semula ke dalam susu asal tadi.
  4. Masukkan bekas yoghurt dlm yoghurt maker.
  5. Pasangkan letrik dan biarkan 6-8 jam. Kalau belum jadi lagi tambahkan masa hingga semalaman pun boleh. Takkan jadi rosak kerana ada bakteria yoghurt tu..

Haa, inilah hasilnya!

image

Taklah cantik sangat Eye-rolling tp rasa dia oklah jugak hihi..

Lain-lain

Boleh guna kain nipis untuk tapis keluar air “whey” dari yoghurt yg dah siap tu, jadi lagi pekat. K.Nik ambil whey tu campur ngan jus buah pula..

Yoghurt tadi kalau mau boleh tambah perisa atau buah2an.

Nak kata jimat taklah sangat sebab kena beli bahan (susu) dan basuh periuk dan bekas2 tu – tp syok dpt buat sendiri kan! Dan rasanya pun lain sikit dr yg kat kedai tu, klu u sukalah..

Ha amacam? Sape2 yg biasa buat yoghurt tu kongsilah kat sini! K.Nik dh buat yoghurt ni setahun lebih tp kdg2 beli juga sbb.. malas Tongue out

Mau cuba? Dah cuba?

Tunggu apa lagi..

Emm lain kali mungkin kita cakap pasal… ape ye? buat roti ke or something, ok tak?

Video cara buat yoghurt kat dapur anda: tp tu bukan suami k.nik ok Thinking

 

Leave A Comment